Sambal goreng jawa (resepi oleh puan Mariani)

Okay, at last admin dapat resepi sambal goreng jawa ni. Terima kasih puan Mariani kerana sudi berkongsi resepi ni. Tak sabar nak cuba terutama untuk bulan Ramadan ni, makan dengan nasi putih panas-panas untuk sahur mesti berselera…!! Masakan yang tinggi fiber dan protin, pasti mengenyangkan dan tahan seharian berpuasa.

Here’s the recipe as shared by puan Mariani:

Bahan:

  • Tempe – potong nipis
  • Kentang – potong nipis & kecil
  • Tauhu – goreng garing dan potong kecil
  • Suhun & fucuk – rendam hingga lembut dan toskan
  • Kacang panjang – potong
  • Petai
  • Bawang merah – mayang
  • Bawang putih – mayang
  • Halia – mayang halus
  • Cili api – potong kecil
  • Sedikit belacan
  • Asam jawa
  • Santan
  • Udang atau hati & pedal ayam
  • Kicap

Cara:

  • Goreng tempe dan kentang – toskan
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili api
  • Tambah belacan dan udang
  • Masukkan santan, kicap dan asam jawa – didihkan
  • Gaul bersama bahan-bahan yang digoreng tadi bersama kacang panjang, suhun dan fucuk
  • Tambah dalam kuali dan gaul rata hingga masak dan kering
  • Sedia untuk dimakan.

Image

Image

Posted in Masakan Harian, Sambal, Sayur, Tradisional | Tagged , , | Leave a comment

Bepang badam / Crunchy almonds / Flourentine cookies

Tak lama lagi Ramadan bakal tiba, lepas tu Raya Puasa pula. Tahun lepas biskut/kuih bepang ni amat laris. Nama glamer – crunchy almonds atau flourentine cookies. Mahal juga harganya. 250 gram dalam RM28 – 30. Admin suka dengan cookies ni. Susah nak berhenti makan kalau dah mula…hmm pokai juga kan kalau asyik nak beli saja. So, admin pun google resepi cookies ni dan akhirnya setelah beberapa kali mencuba, dapat resepi yang berjaya.

So, ini perkongsian untuk ibu-ibu alumni saas – cuba lah..!!! Raya tahun ni jimat sikit bajet beli kuih. Untuk makluman, modal nak buat (baha-bahan) agak mahal, tapi berbaloi – 1 peket tepung Flourentine (600 gram) ni boleh menghasilkan 6 bekas (450 gram satu bekas) kuih..!!

Bahannya:

  • 1 cawan Tepung flourentine
  • 1 cawan Kepingan badam
  • 1/2 cawan Isi Kuaci bunga matahari
  • 1/2 cawan Isi kuaci labu
  • 1/2 cawan bijan putih (boleh tambah bijan hitam juga)

Image

Image

Cara:

  • Bakar kekacang dalam oven 200 C selama 5 minit (saya tak buat pon)
  • Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati
  • Tabur di atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak
  • Ratakan adunan di dalam loyang
  • Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 10 minit
  • Bila masak, cepat2 keluarkan dari loyang dan buat potongan pada adunan semasa panas2
  • Bila sejuk baru dipatahkan mengikut potongan tadi.

Image

Image

Sorry, gambar last tu tak jelas sangat sebab nak cepat potong masa tengah panas..!! But you get the idea right,,? Selamat mencuba..!!

 

 

 

 

 

Posted in Biskut / cookies | Tagged , , | Leave a comment

Roti Bakar dengan cheese dan inti

Haa.. yang ni sumbangan admin sendiri. Masak pagi tadi sebab dok mengidam nak makan cheese…!! Senang dibuat – hasilnyaala-ala lasagne, tapi mudah dan cepat. Lepas subuh, sediakan roti ni, masukkan dalam oven & bolehlah bersiap sementara roti siap dibakar. Boleh juga dibuat bekal untuk anak-anak atau suami ke sekolah/tempat kerja.

Image

Nampak best tak? Rasanya pun boleh tahan tau..!!

Bahan:

  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 keping cheese (saya pakai cheesedale)
  • daging kisar (boleh juga gunakan ayam atau udang)
  • cendawan butang – hiris (saya guna yang dalam tin saja)
  • Bawang putih & merah (potong dadu)
  • garam & lada hitam
  • Cheese parut (saya gunakan cheese parut untuk topping pizza)
  • sedikit butter untuk sapu pada loyang

Cara:

Masakkan Inti:

  • Tumis bawang putih & merah
  • Masukkan cendawan yang dipotong
  • Masukkan daging kisar
  • Masukkan garam & lada hitam
  • Setelah masak – ketepikan

Susun roti & bakar:

  • Panaskan oven suhu 180C
  • Sapu butter pada loyang (saiz loyang yang muat 2 keping roti secara memanjang)
  • Pecahkan telur dalam mangkuk
  • Tambah susu dan kacau sebati
  • Celup kedua belah roti dalam susu
  • Atur dalam loyang
  • Taburkan inti di atas roti tadi
  • Letak 2 keping cheesedale di atas inti
  • Buat satu lapisan roti yang dicelup susu lagi
  • Taburkan baki inti tadi di atas lapisan roti
  • Taburkan parutan cheese sehingga menutupi inti
  • Bakar selama 20 minit

Siap dihidang atau dibuat bekalan ke sekolah / ofis

Image

Image

Boleh juga dihidang untuk minum petang atau makan malam kalau tak nak makan nasi..sesekali tak salah ubah selera kan?

Posted in Masakan Harian, Menu Barat | Tagged , , , | Leave a comment

Asam pedas ikan mayong – masakan harian (pn Siti Hamisah)

Awal-awal lagi nak post gambar dulu. Memanjang lapar bila tengok masakan ibu-ibu x-saas ni… Ishh..!! rasa bersemangat pulak nak cuba dan rasa sendiri kesedapan masakan yang disediakan. InsyaAllah, kalau datang seru nanti senang jer nak buat rujukan cari resepi kan..?

Image

Simple jer…kata puan Mimi, ye la bagi dia simple la dah pakar masak-memasak ni.. Bagi yang tak biasa tu terkial-kial jugak kan? Asam pedas ni pun banyak variasinyer, Asam pedas Melaka lain, Johor lain sikit, Selangor beza jugak..di Kelantan pon ada, sedikit berbeza. Tak kiralah variasi yang mana atau ikut negeri mana, janji sedapp..

Bahan:

  • Cili kering
  • Sedikit Belacan
  • Bawang merah
  • Ikan mayong
  • Air asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga Kantan
  • Terung
  • Bendi
  • Tomato
  • Sedikit garam dan perasa

Cara:

  • Tumbuk cili kering, bawang dan belacan
  • Potong sayur-sayuran
  • Tumis bahan yang ditumbuk hingga masak cilinya
  • Masukkan air dan ikan
  • Didihkan dengan api sederhana
  • Masukkan air asam jawa
  • Lepas tu masukkan pula sayur-sayur dan renihkan
  • Tambah garam dan perasa
  • Padamkan api bila sayur masak

Jom try, test, uji resepi-resepi di sini yer..!!

 

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

Masak lemak jering dan pucuk paku (pn Siti Aishah)

Wah..! Kombinasi yang amat menarik..!! Admin sendiri tak pernah terfikir nak satukan jering dan pucuk paku dalam satu masakan. Itulah petanda kreativiti ibu-ibu x-saas ni. Kefahaman yang mendalam tentang rasa, tekstur dan rencah yang sesuai ditambah dengan pengalaman berpuluh tahun membolehkan ciptaan masakan yang amat menyelerakan.

Bahan:
• Jering (25 biji saiz Kecil)
• Pucuk paku / pucuk ubi
• Ikan bilis 2 genggam
• Cili padi (ikut kepedasan yang disukai)
• Bawang merah 3 / 4 biji
• Santan pekat
• Garam dan serbuk perasa

Cara:
• Rebus jering sampai empuk, toskan dan tumbuk agak leper
• Pucuk paku patah-patahkan sahaja
• Tumbuk cili padi, bawang dan ikan bilis
• Masuk semua bahan dalam periuk termasuk santan, kacau selalu supaya tidak pecah santan
• Bila kuah dah berminyak sikit, padamkan api

Hidang dengan sayur campur & nasi putih panas-panas..!!

20140528-212226-76946277.jpg

20140528-212514-77114638.jpg

Posted in Gulai, Masakan Harian, Sayur | Tagged , , | Leave a comment

Kuih Koci (sumbangan pn Siti Hamisah)

Memang rajin x-saas dua orang ni – pn Siti Aishah & pn Siti Hamisah, dua-dua Siti pulak tu. Semalam pn Siti Hamisah berkongsi resipi kuih tradisional – kuih koci. Ramai peminat kuih koci ni. Yang istimewanya, kuih koci pn Siti Hamisah tidak melekit dan mudah dimakan sebab ada “secret ingredient” atau ramuan rahsia yang membuatkan kuih ini lembut serta tidak melekit dan mudah dimakan.

Ni satu lagi masakan yang admin akan cuba secepat mungkin … nanti cuti hujung minggu la, sekarang ni tgk & telan air liur jer… Kita lihat bahan yang diperlukan dan cara memasaknya.

I – Bahan doh

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 1/4 cawan keledek (rebus dan tumbuk lumat) – ni la ramuan rahsia tu..
  • 1/2 cawan santan cair

Cara:

  • Satukan semua bahan dan uli hingga membentuk doh

2 – Inti

  • 1 biji kelapa parut
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu makan tepung gandum

Cara:

  • panaskan air dan masukkan gula hingga larut dan sebati
  • bila mendidih, masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering air
  • Masukkan daun pandan semasa menggaul kelapa tadi
  • Bila kering air, padamkan api dan tambah 3 sudu makan tepung gandum – gaul sebati

3 – Dadih

  • Santan, garam dan sedikit gula
  • Campurkan semua bahan dan kacau di atas api sederhana hingga pekat
  • Masukkan dalam bekas

4. – Membentuk & memasak kuih

  • Masakkan air hingga mendidih
  • Ambil sedikit doh – lekukkan di tengah dan masukkan inti
  • Bulatkan dan masukkan ke dalam air mendidih hingga masak (seperti memasak buah melaka)
  • Setelah masak, tos dan masukkan ke dalam dadih tadi
  • Sudukan kuih & dadih ke atas daun pisang dan bungkus
  • Kukus dalam lima minit supaya kuih tahan lama

Sedia untuk dinikmati. Terima kasih daun keladi pn Siti Hamisah…!!

Image

 

Posted in Kuih Melayu, Tradisional | Tagged , , , | Leave a comment

Dendeng Daging (resepi dari pn Siti Aishah Ahmad)

Salah satu kegemaran admin ni. Tapi tak pernah buat – merasa bila makan di kedai masakan Padang saja. Tu pon adakalanya sedap, banyak kali juga yang tak sedap…Nampak macam simple jer nak buat, tapi yer la, bagi yang tak pernah buat atau tak berapa biasa nak ke dapur mesti fikir masakan ni kompleks kann..?

Resepi yang pn Ecah kita bagi ni, amat simple & senang. Hmm mesti admin akan cuba secepat mungkin…!! Lama dah tak makan masakan ni…

Bahan:

  • Sekilo daging
  • Satu labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit Halia
  • Cili merah (kuantiti ikut kepedasan yang disukai)
  • Garam & serbuk perasa

Cara:

  • Rebus daging hingga empuk dan toskan. (Jangan dibuang air rebusan daging)
  • Hiris nipis2 daging, tumbuk agar leper & goreng garing
  • Tumbuk bawang putih bersama separuh daripada bawang merah
  • Mayang halus separuh lagi bawang merah itu
  • Cili merah ditumbuk kasar
  • Tumis garing bawang merah yang dimayang tadi.
  • Masukkan bawang yang ditumbuk & masak hingga naik bau
  • Masukkan cili merah yang ditumbuk & tumis hingga masak
  • Tambah garam & perasa
  • Masukkan daging yang digoreng tadi – gaul sebati
  • Padamkan api setelah lebih kurang 5 minit

Ini lah hasilnya… terliur dibuatnya. Boleh dijadikan juadah berbuka atau sahur Ramadan yang bakal menjelang..!!

Image

Image

 

Posted in Daging / Ayam, Masakan Harian, Tradisional | Tagged , , | Leave a comment

Gulai telur masak lemak cili padi, ikan goreng & sambal totok kuinin

Isshh.. dengar jer dah terliur kan..? Yang simple dan senang tu lah yang selalunya sedap… Bahan yang mudah didapati, tapi digabung dengan rencah dan teknik masakan yang sesuai, menyerlahkan  rasa, membuka deria, menggamit selera. Dimasak pula dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, itulah sebenarnya rahsia masakan dan air tangan ibu untuk keluarganya.

Bila merantau, masakan begitulah yang diidamkan, yang menjadi impian… Tak hairan lah kalau balik ke rumah, bila dapat masakan begini, makan tak berpaling, kurang-kurang 2 pinggan nasi baru kenyang..!!

Mungkin nampak simple, tapi jangan perkecilkan idea dan kreativiti untuk penyediaan juadah harian – makan tengahari & malam untuk keluarga. Tak mahu masakan serupa setiap hari, mesti ada variasi…!! Tinggi sungguh permintaan keluarga, yang pening memikirkan, ibu-ibu lah kan? Mari berkongsi gabungan juadah yang disediakan oleh puan Siti Aishah bt Ahmad (Ecah) kita yang memasak saban hari untuk ibunya dan keluarga tersayang..

Menu hari ni? Gulai telur masak lemak cili padi, ikan kembung goreng & sambal totok kuinin..!!

Gulai telur masak lemak cili padi

Bahan:

  • Beberapa biji telur – rebus dan kupas kulitnya
  • 3 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
  • seulas bawang putih
  • Ikan bilis segenggam
  • Daun kunyit sehelai
  • Santan pekat
  • Sebiji kentang saiz besar – potong 4 / 6
  • Cili api – jumlah ikut kepedasan yang disukai
  • Sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
  • Garam dan perisa (jika suka)

Cara:

  • Tumbuk cili api, bawang putih & besar, ikan bilis & kunyit hidup
  • Masukkan dalam periuk bersama santan, telur rebus dan kentang
  • Didihkan dengan api sederhana
  • Tambah garam dan perasa serta daun kunyit
  • Renihkan hingga terbit minyak dan kentang empuk, padamkan api

Image

Sambal totok kuinin

  • Resepi sama seperti di posting sebelum ini. Cuma tambahkan bahan kuinin yang dikupas dan dipotong kecil.
  • Tumbuk cili api, bawang putih & merah
  • Tambah kuinin dan tumbuk bersama
  • Masukkan pula ikan bilis goreng dan tumbuk hingga semua sebati.

Image

Hidangkan dengan nasi putih panas-panas dan ikan kembung goreng untuk satu pengalaman menyelerakan..!!

Image

Image

 

Posted in Gulai, Ikan, Masakan Harian, Sambal, Telur | Tagged , , | Leave a comment

Sambal Totok Jawa

Pembuka tirai posting tentang masakan untuk blog ini. Resepi dan gambar dikongsi oleh puan Siti Hamisah dalam perbualan di Whatsapp. Admin try buat sendiri & berjaya..!! Tak tau la sama ada rasanya setanding dengan yang puan Siti Hamisah buat, tapi bagi admin sendiri dah sedap sangat tu..!! Terus rebus ketupat mini & goreng telur mata untuk jadi pengiring kepada sambal totok yang osemm ini…

Bahan:

  • Cili api dan cili merah (kuantiti ikut kepedasan yang disukai)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis

Cara:

  • Ikan bilis digoreng garing – ketepikan
  • Cili api dan cili merah, bawang putih dan bawang merah digoreng hingga lembut sahaja
  • Tumbuk semua bahan dimulai dengan cili, bawang dan akhir sekali masukkan ikan bilis
  • Tumbuk hingga kesemua bahan bergaul sebati

Boleh terus dihidang dengan nasi panas dan lauk2 lain.

Boleh juga dicampur sedikit jus limau kasturi/lemon untuk rasa sedikit masam

Image

supperSiti

 

 

 

 

 

Posted in Masakan Harian, Sambal | Tagged , , | Leave a comment

SM SAAS – mengimbau kenangan

Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah adalah salah sebuah sekolah yang amat lama bertapak di Kajang. Ramai pelajar telah menjejak kaki di sekolah ini, meninggalkan tawa, senyum, suka, duka di ruang lingkup sekolah ini. Begitu banyak kenangan bagi begitu ramai jiwa-jiwa yang kini adalah masa depan waktu dulu. Dan SM SAAS terus menjadi penaung dan pendidik jiwa-jiwa baru yang akan mempunyai masa depan yang berlainan kelak.

Di blog ini, akan menjadi titik pertemuan dan perkongsian jiwa-jiwa SM SAAS dari 30 tahun dahulu mengenai makanan. Remaja 30 tahun dahulu telah menjadi ibu, bapa, pakcik, makcik kepada generasi baru yang mengisi ruang-ruang di SM SAAS sekarang dan juga di tempat lain. Mereka telah menjadi pewaris kepada masakan tradisinal yang dipelajari dari ibu, bapa dan keluarga mereka. Mereka juga bakal mewariskan resepi masakan ini kepada anak-anak dan saudara agar ia tidak hilang ditelan zaman.

Image

Semuga perkongsian ini akan dapat dimanfaatkan dan menambah kemesraan sesama alumni SM SAAS dan akan memeriahkan lagi hidup semua serta mengkayakan pengetahuan dan pengalaman pembacanya. Tiada yang lebih menyeronokkan daripada berkumpul sekeluarga atau bersama rakan taulan, menikmati hasil tangan yang ikhlas menyediakan, masakan yang membuka selera, mengenyangkan perut dan menenangkan jiwa. 

Image

Image

Image

Image

 

 

 

Posted in Uncategorized | Tagged , | Leave a comment